Saturday, January 8, 2011

Azlan (The Typewriter) Sudah Bergelar Suami

Azlan atau lebih familiar dengan panggilan Lan sewaktu bersama kumpulan Meet Uncle Hussain suatu masa dulu telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Normala Hassan semalam (Sabtu – 01 Januari 2011). Ini bermakna, Lan kini sudah bergelar suami. Tahniah Lan.

Untuk info, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982. Pihak pengantin perempuan turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan dan dibalas juga dengan lapan.

Tahniah sekali lagi kepada Lan dan Normala kerana telah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan kami doakan agar rumahtangga anda berkekalan hingga ke akhir hayat.